Renungkan: Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum W.B.T.

Meh saya kongsikan ilmu yg saya dpt drpd ceramah yang baru saya hadir tadi.
Akibat ceramah yg saya dengar tadi, membuatkan saya berfikir sejenak dan memberi impak yang besar kt saya. Alhamdulillah, sekali lg Allah menerangi jalan yang saya lalui.

Jom kita renungkan, apa yang kita buat di dunia, dan adakah kita mengingati alam akhirat? atau kita terlupa dengan kesibukan dunia? mungkinkah anda terfikir yang kejayaan di dunia boleh menjamin kejayaan di akhirat? Cuba fikir kembali, setiap saat yang kita lakukan. adakah bekalan kita sudah cukup untuk ke akhirat.




Cuba renungkan.
Dunia nie ibarat "bayangbayang", dan akhirat tu ibarat "cahaya lampu". Klau kita asyik kejar bayangbayang tu, semakin kita kejar semakin menghilang bayang tu kan? dan cuba pula kita kejar cahaya lampu tu pulak, mesti kita dpt duadua sekali kan? malah bayang tu semakin besar, sama jugak dengan dunia, klau kita leka dengan urusan dunia dan lupa dengan urusan akhirat, maka sia-sialah usaha kita di dunia. Kita berjaya di dunia tapi di akhirat kita gagal. Astagfirullah Al'azim.


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Bukhari)



Jom samasama kita perbaiki diri dan perkuatkan lagi iman kita. Kumpul sebanyak mungkin pahala utk bekalan kita di akhirat nant, In Sha Allah, Syurga menanti kita.

2 comments:

  1. Kalau tak boleh nak buat baik,Janganlah buat jahat ,sebab tak buat jahat itu pun sudah cukup baik:)
    sekali kita langkah mendekati ALLAH sepuluh kali ALLAH akan dekat dengan kita...teruskan brtinta dijalan ALLAH..may ALLAH bless.

    ReplyDelete
  2. semakin dekat kita pada Allah, semakin berjaya hidup kita dunia dn akhirat. In Sha Allah :)

    ReplyDelete